MASALAHLaptop
HP Pavillion NX 9010 ni aku punya, laptop lama, beli pada tahun 2004. Aku dah tak pakai dah, sebab ada laptop lain, bagi anak aku je, buat main dengan tengok cerita kesukaan dia.
Asal original Laptop ni hanya guna ram 256MB, hardisk 40GB dengan running Windows XP, tapi aku telah upgrade RAM 1GB, hardisk 80GB dengan Windows 7.
Laptop ni, bagi aku antara Laptop yang tahan lama, tapi kelemahan dia, adalah berat (
3.5kg kalau sekali dengan beg kulit dia dah 4kg) dengan body yang besar.
Masalah laptop
HP Pavillion NX 9010 ni adalah housing cover panel LCD dah pecah dan retak disebabkan oleh anak aku (selalu pijak, duduk atas laptop ni) dan paling latest, dia mengamuk dengan mak dia dan campak Laptop ni.
Bila dah dibaling-campak, memang la habisla housing tu pecah, nasib baik Laptop ni berat serta housing covernya tebal jadi kesan dari balingan tu tak jauh dan hanya merosakkan cover panel LCD, bukan LCD atau komponen yang lain.
Untuk cari cover atau housing laptop lama, biasanya susah diperolehi dan kalau jumpa pun, harganya mahal, dan kalau nak murah biasanya perlu mencari berbulan-bulan lamanya.
Jadi cara untuk mengurangkan kos serta cepat untuk baiki adalah dengan cara DIY sendiri atau hantar pada pembaik pulih Laptop yang menawarkan upah yang berpatutan.
Jadi, pada entri post kali ni, aku nak berkongsi tips pada pembaca blog aku, bagaimana nak baiki sendiri jika housing Laptop retak atau pecah.
Sebelum tu, sila jangan buang bahagian housing yang pecah, kutip semua bahagian yang ada untuk gumkan semula.
Bahan-bahan yang perlu ada untuk baiki cover panel LCD adalah:
- 3ton Epoxy - rm9.90
- Pisau
- Salotep
- Permanent maker
- Scraper
- Laptop skin atau Fiber Glass stiker
BAIKI HURUF KEYBOARD YANG ROSAK
Laptop ni juga keyboard key dah rosak berekat/retainer kecil bawah key tu akibat dicabut oleh anak aku, jadi disini aku nak bagi tips jika nak jimat duit, tukar dulu dengan butang lain yang jarang guna, contoh butang menu (butang antara alt dan ctrl sebelah kanan yang sama saiz) .
Kalau. korang cari key ni kat kedai komputer, biasanya takda jual dan biasanya kena tukar 1 keyboard baru atau second, kalau ada jula pun mahal dalam rm30-rm10 untuk 1key.
Ambil berekat dia, dan butang alt atau ctrl yang diambil berekat tu korang gum kan je guna UHU gum atau Glue gun permanent pada keyboard, tapi sebelum tu cabut getah membrane key tu dulu guna pisau.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959